Izreen Teruja Bergelar Isteri

by MediaKini on 25 July, 2012

in Info Artis

Share:

Izreen Teruja Bergelar Isteri: Pelakon wanita, Izreen Azminda ternyata teruja dan tidak sabar untuk bergelar isteri pada penghujung ogos ini.

Menurut Izreen, selain tidak sabar untuk menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba pertengahan bulan hadapan, dia turut tidak sabar untuk berumah tangga dengan pasangan kekasihnya, Mohammad Riza Baharuddin. Mengikut perancangan yang telah dibuat, Izreen dan Riza akan diijab kabul sebagai pasangan suami isteri pada 30 ogos 2012 di rumah pengantin perempuan di Jitra, Kedah.

Sementara itu, dikhabarkan Izreen akan menerima wang hantaran sebanyak RM19,001 dan mas kahwin sebanyak RM999. kami dari Forblogger mendoakan kelancaran majlis akad nikah dan perkahwinan mereka kelak. - Izreen Teruja Bergelar Isteri

5.0

Previous post:

Next post: