Jackie Chan Derma RM615K Kepada Thailand : Jackie Chan menderma Rm 615,000 kepada mangsa banjir thailand.
Menderma sebagai tanda prihatin terhadap golongan miskin, pelakon Jackie Chan telah menderma sebanyak RM615,000 ($125k pounds) kepada mangsa-mangsa banjir di Thailand baru-baru ini.
Menurut laporan Daily Express, bintang Hong Kong yang juga duta UNICEF (Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu) itu pernah melawat beberapa rumah kebajikan, tempat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan pada sekitar tahun 2011 dan awal tahun ini.
Pelakon tersebut telah menawarkan untuk membantu mangsa-mangsa tersebut menerusi Jackie Chan Charitable Foundation setelah melihat beberapa penempatan yang hancur dan ingin memulihkan semula kawasan yang berkenaan.
Jackie yang berkongsi beberapa gambar di Internet berkata dia sanggup membantu golongan yang susah kerana dia juga pernah mengalami masalah hidup yang sama pada zaman kanak-kanak.
“Saya dibesarkan dalam keadaan yang sangat miskin dan perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi.Sekarang ini, saya mempunyai wang dan akan berkongsi dengan golongan yang susah,” ujar Jacky bersemangat.
Jackie Chan dikenali sebagai seorang seniman yang mempunyai hati yang suci. Sifat dermawannya sangat dikagumi oleh semua orang. Forblogger sentiasa menyokong sebarang usaha baik yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekalipun. Pembaca boleh membantu menyebarkan kebaikan ini dengan menekan Like atau Share artikel ini. – Jackie Chan Derma RM615K Kepada Thailand


{ 1 trackback }