Jurujual Didenda RM800 Intai Wanita Buang Air Kecil

by Black Hat on 20 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Jurujual didenda RM800 intai wanita buang air kecil : Kepong, seorang jurujual didenda RM800 intai wanita buang air kecil.

Akibat mengintai seorang wanita membuang air kecil dalam tandas, seorang jurujual telah didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Bobby Ng Hock Ann (31) selepas beliau mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai wanita berusia 33 tahun itu dengan niat hendak mengaibkan kehormatan wanita tersebut.

Bobby yang tinggal di Taman Bukit Maluri Kepong, didakwa melakukan kesalahan itu di tandas wanita, Aras LG, Kompleks Desa, Jalan Kepong, Kepong di ibunegara pada jam 11 pagi semalam.

Beliau didakwa mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tertuduh memanjat dinding di tandas bersebelahan tandas wanita itu dan kemudian mengintai dari atas semasa wanita itu membuang air kecil.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memberitahu mahkamah bahawa kesalahan yang telah dilakukan Ng adalah serius.

“Saya mohon maaf atas kejadian tersebut. Saya benar-benar insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama kerana saya budak baik dan tidak ada rekod jenayah,” kata Bobby sambil memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepadanya.

5.0

Previous post:

Next post: