Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M): Kerajaan terus komited membantu pelajar dengan mewujudkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bagi tujuan mengurangkan kos sara hidup golongan pelajar IPTA dan IPTS.
Pihak kementerian Pelajaran Malaysia yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu lagi berita baik kepada golongan pelajar dengan melancarkan Kad Diskaun Pelajar 1 Malaysia (KDPS1M) dengan objektif untuk meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.
Selain itu, KDS1M turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian. Mahasiswa bakal menikmati diskaun produk sehingga 60 peratus setelah mereka menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) kelak. Ia diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
Namun diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Mula diedar melalui institusi pengajian tinggi masing-masing ketika pendaftaran mahasiswa baharu dan kemasukan semester baharu pada September 2012
Dikhabarkan, mahasiswa tahun akhir akan menerima kad KDS1M secepat yang mungkin agar mereka tidak terlepas daripada menikmati kemudahan itu. - Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)


{ 1 trackback }