Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat

Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat

Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat : Kadar kes pembuangan bayi semakin meningkat sejak tahun 2009.

Mengikut fakta, kadar kes buang bayi meningkat dari tahun 2009 [79 kes], 2010 [91 kes] dan 2011 [98] kes. Satu data yang amat membimbangkan masyarakat Malaysia.

Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat

Untuk tahun 2012 sahaja [sehingga jun] statistik pembuangan bayi adalah sebanyak 31 kes, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh.

Menurut beliau, peningkatan bilangan itu disebabkan oleh kekerapan laporan yang dibuat dan masyarakat menjadi lebih prihatin.

Statistik Kadar Kes Buang Bayi

Negeri yang mencatat kes buang bayi tertinggi adalah negeri Selangor kemudiannya di ikuti negeri Johor. Majoriti kes pembuangan bayi adalah terdiri dari kaum melayu.

Tambah beliau, input dari maklum balas sesi kaunseling dan kajian kes di beberapa rumah kebajikan untuk remaja di bawah umur 18 tahun mendapati faktor tekanan dan kurang pengetahuan mengenai kesihatan mempengaruhi kepada kehamilan yang tidak diingini. Juga  dikatakan kebanyakan remaja tidak memahami kesan serta risiko hubungan intim tanpa perkahwinan.

“Kemahuan untuk menyesuaikan dengan kebanyakan remaja telah mempengaruhi gaya hidup mereka,” katanya selepas melancarkan seminar “Katakan Tidak Pada Pembuangan Bayi” di sini.

Harjeet berkata, remaja hari ini bergaul bebas dan kurang pengawasan daripada ibu bapa. Faktor terlalu inginkan kebebasan dan tidak mahu dikongkong menjadikan remaja lebih berani dengan bertindak tanpa berfikir dengan panjang.

Baby hatch di Malaysia

Bagaimanapun, faktor keagamaan yang semakin longgar adalah fakor utama bagi kes kes seperti ini.

“Kadang-kadang, perkara yang menjadi trend di kalangan mereka adalah pergi berparti dan mengadakan hubungan intim bersama pasangan,” kata beliau.

# Untuk info, seawal tahun baru 2012 sahaja 7 kes buang bayi di catatkan dalam tempoh seminggu. Bermakna ianya memang satu perkara yang sangat2 membimbangkan. Jadi apakah pandangan anda tentang pengenalan baby hatch di Malaysia?

 Baby hatch di Malaysia

Kadar Kes Buang Bayi Semakin Meningkat

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

Leave a Reply