Kadar Zakat Fitrah 2012

by Harian Malaya on 21 July, 2012

in Info Agama

Share:

Kadar Zakat Fitrah  2012 : Berikut adalah kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia tahun 2012|1433H.

Kadar zakat fitrah yang ditetapkan diseluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2012|1433H tidak begitu ketara perubahannya dari segi penurunan atau kenaikan.

 

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri  2012
Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.”

5 waktu mengeluarkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan:

  • Wajib : Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Paling Afdhal : Sebelum Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
  • Sunat : Sepanjang bulan Ramadhan
  • Makruh : Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
  • Haram : Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Kadar zakat fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu atau bersamaan 2.3 kilo beras atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal.

# Niat puasa sebulan Ramadhan dan esok hari
# Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia

Kadar Zakat Fitrah  2012

5.0

Previous post:

Next post: