Kami Akan Berkarya Selepas BN Tumbang – Abby Abadi : Abby Abadi menjawab kritikan Zunar mengenai ketiadaan ruang Pakatan Rakyat untuk artis berkarya.
Abby Abadi atau pun Arbaiyah Abdul Manan menjawab segala teka teki yang di luahkan oleh kartunis Zunar. Katanya, dunia seni yang Islamik hanya akan wujud selepas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
“Dalam situasi artis yang berhijrah (menyertai PAS) seperti saya sekarang ini, En Zunar kena faham keadaan artis-artis yang menyertai PAS khususnya wanita.
“Jadi bila berhijrah ruang untuk berkarya agak terbatas, yang berlakon dan menyanyi, memerlukan filem, drama dan rancangan yang bercorak Islamik.
“Artis-artis seperti kami hanya akan berkarya semula dalam bidang seni apabila sudah disediakan ‘padang’ yang bersesuaian dengan Syariah Islam.
“Dan kerana itulah Abby dan artis-artis lain yang berhijrah perlu bersama PAS untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dalam PRU kali ini supaya tertubuhnya kerajaan baru yang pastinya akan memerintah berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan memastikan juga wujudnya industri hiburan yang mesra Syariah,” kata Abby Abadi.
Abby Abadi yang tidak bersetuju dengan kenyataan Zunar bahawa negeri-negeri Pakatan Rakyat tidak memberikan sokongan kepada golongan artis yang menyertai mereka untuk berkarya didalam bidang hiburan.
“Negeri-negeri di bawah PR (Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang) memberi perhatian kepada industri (seni dan hiburan), kerana mereka mengakui industri ini mempengaruhi kehidupan manusia.
“Cuma dari peringkat dasar, memerlukan PR menang dan memegang kuasa ‘kerajaan pusat’ untuk merealisasikan industri seni berdasarkan syariat.
“Penghijrahan artis-artis kebelakangan ini adalah kerana kasih sayang Allah.
“Kebetulan pula waktu hampir dengan PRU, inilah medium terbaik untuk para artis yang nak dekat pada agama Allah ni.
“Kami gunakan platform yang ada untuk berikan kesedaran pada rakyat Malaysia,” katanya lagi.
Abby Abadi juga sama sekali tidak bersetuju dengan dakwaan Umno bahawa PAS terdesak untuk meraih sokongan sehingga terpaksa menggunakan golongan artis sepertinya kerana bagi beliau, Barisan Nasional lebih banyak memperalatkan golongan tersebut.
“Terdesak gunakan artis?
“Rasanya soalan ini patut diajukan kepada pihak belah sana (Barisan Nasional) keranamereka lebih nampak terdesak untuk mempertahankan kuasa yang mereka ada,” kata Abby Abadi.
Kami Akan Berkarya Selepas BN Tumbang – Abby Abadi


{ 2 trackbacks }