Kapal Minyak Bunga Alpinia Terbakar di Labuan: Kapal minyak, MISC ship Bunga Alpinia di Labuan meletop dan terbakar sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Menurut sumber yang diperoleh dari laman Facebook Malaysian Seaman Club, dipercayai telah berlaku beberapa letupan yang mengakibatkan gegaran di seluruh Labuan. Letupan pertama berlaku sekitar pukul 2.30 pagi disusuli beberapa letupan lagi.
Setakat ini belum ada laporan khusus yang dikeluarkan mengenai insiden tersebut termasuklah keselamatan crew kapal dan juga punca letupan tesebut berlaku. Berikut adalah beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa insiden tersebut berlaku. (Sumber: Facebook Malaysian Seaman Club)
- Kapal Minyak Bunga Alpinia Terbakar di Labuan





