KUALA LUMPUR – Kartunis politik Zulkiflee SM Anwar atau lebih dikenali sebagai Zunar, hari ini menang kes saman ke atas kerajaan dan empat yang lain berhubung tindakan pihak berkuasa merampas 66 buku dan satu lukisannya pada dua tahun lalu.
Vazeer Alam Mydin Meera (Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi) membenarkan permohonan Zunar.
Zunar memfailkan saman sivil pada 15 Jun tahun lalu ke atas kerajaan Malaysia dan 4 lagi defenden berhubung penangkapannya dan rampasan terhadap 66 buku Cartoon-O-Phobia serta sebuah lukisan kolaj miliknya pada 2010.
Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.
Dipetik oleh The Star hari ini, Zunar berkata, keputusan mahkamah hari ini sebahagian kemenangan bagi kesemua kartunis politik memandangkan Vazeer memutuskan bahawa tindakan menahan buku-buku berkenaan adalah sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang walaupun penahanan Zunar adalah sah pada ketika itu – POLITIK @ forblogger.net.

