Kejam – Seorang Bayi disembelih : Betapa gila dan kejamnya manusia zaman kini yang hilang kewarasan sehingga seorang bayi pun sanggup disembelih.
Entah apa yang merasuk di fikiran manusia durjana di China itu sehingga tergamak melakukan perbuatan keji tersebut. Hanya orang yang memang tidak waras dan kejam sahaja yang sanggup menyembelih seorang bayi.
Berita dari myMetro hari ini, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih.
Bayi tersebut yang ditemui bersama uri yang masih melekat dibadannya diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.
“Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya. Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu.
“Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam.
Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar negara China yang mengehadkan setiap keluarga hanya boleh memiliki seorang anak.
Ia juga mungkin berpunca kecenderungan pasangan suami isteri di China yang lebih suka memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggu.
Kejam – Seorang Bayi disembelih


{ 2 trackbacks }