Kesalahan Jalan Raya – Denda maksimum RM2,000

by Harian Malaya on 2 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Kesalahan jalan raya – Denda maksimum RM2,000 : Undang-undang baru bakal diperkenalkan kepada semua pemandu dan pengguna jalanraya di Malaysia dengan denda maksimum RM2,000.

Dengan kadar penalti yang tinggi sehingga mencecah RM2,000 berkemungkinan dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya, termasuk kesalahan kegagalan mematuhi isyarat lalu lintas.

Kesalahan Jalan Raya – Denda maksimum RM2,000

Semuanya bakalmenjadi realiti selepas pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan APJ (Pindaan) 2012 diluluskan kelak.

Rang undang-undang itu telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri di Dewan Rakyat pada hari ini.

Pindaan rang undang-undang itu bertujuan menetapkan kadar minimum penalti RM300 dan kadar maksimum denda bagi kesalahan memandu tanpa lesen, dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,000 yang ditetapkan sebelum ini, atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Kadar penalti serupa turut dicadangkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang diperuntukkan di bawah subseksyen 40(1).  Menurut akta asal, seseorang pemandu yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen itu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 apabila disabit kesalahan.

Kesalahan Jalan Raya – Denda maksimum RM2,000

5.0

Previous post:

Next post: