Konsert M. Nasir bersama MPO : Datuk M. Nasir akan mengadakan Konsert bersama MPO (Malaysian Philharmonic Orchestra) di Dewan Filharmonik Petronas.
Beliau menjadi penyanyi tempatan ketiga selepas Tan Sri S.M. Salim dan Datuk Sheila Majid mengadakan konsert diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) sejak penubuhan 14 tahun lalu di Dewan Filharmonik Petronas di sini pada 13 dan 14 Julai ini.
M. Nasir akan menyanyikan lebih 20 lagu popularnya seperti Suatu Masa, Mustika, Keroncong Untuk Ana dan Ghazal Untuk Rabiah dalam persembahannya yang berdurasi selama dua jam itu kelak.
M Nasir telah memulakan karier bersama kumpulan Kembara dan melahirkan 4 album pada awal tahun 1980an sebelum bergerak secara solo pada tahun 1989 (melalui album yang bertajuk Solo). Beliau kemudian menghasilkan 7 lagi album solo, selain mencipta lagu dan menerbitkan album untuk sejumlah besar artis.
Menurut M.Nasir, persediaan bagi membuat konsert yang diimpinya sejak 11 tahun lalu ini sudah dilakukan sejak setahun lepas termasuklah dari segi pemilihan lagu juga susunan muzik yang baru ke atas lagu-lagu yang dipilih.
“Saya memang menantikan saat ini untuk memberikan sebuah konsert kepada peminat dan diiringi oleh satu kumpulan yang besar iaitu simfoni okestra. Apatahlagi persembahan saya kali ini di dalam sebuah dewan yang baik untuk akustik dan cukup sesuai bagi sesiapa yang mahu mengalami pengalaman bunyi yang mengkagumkan.
Tiket konsert itu dijual pada harga RM358, RM258, RM158 dan RM98. Berikut adalah cara untuk menempah tiket. Tempahan Telefon: 03- 2051 7007 Tempahan Fax: 03- 2051 7077. Tempahan Email: [email protected] atau maklumat lanjut boleh layari www.dfp.com.my & www.mpo.com.my – Forblogger | Hiburan

