Kontrak Batal Selepas Abby Abadi Sertai PAS: Kontrak Abby Abadi sebagai duta dan jurucakap produk keluaran Al-Humaira Contemporary terbatal setelah Abby Abadi menyertai parti pembangkang.
Pelakon wanita yang kini aktif dalam politik melalui saluran PAS, Abby Abadi mendedahkan yang kontraknya bersama syarikat Al-Humaira Contemporary telah dibatalkan pada 4 Julai lepas secara rasmi. Dipercayai perkara tersebut berlaku kerana pemilik syarikat tersebut tidak senang dengan maklum balas orang ramai tentang penglibatan Abby Abadi dalam politik pembangkang.
Menurut Abby Abadi dia telah ditawarkan menjadi duta dan jurucakap produk keluaran Al-Humaira Contemporary setelah beliau mengambil keputusan untuk berhijab sekitar Mei lepas. - Kontrak Batal Selepas Abby Abadi Sertai PAS



