Kos Filem Balistik Mencecah Rm 3 juta ok? Tidak banyak filem Malaysia yang mencecah kos Rm juta seperti filem balistik.
Setelah 6 tahun menyepi dan tidak menerbitkan filem, pelakon dan penerbit terkenal,Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd kini menerbitkan filem terbaru dan terhangat “Balistik”.
Mendapat kerjasama syarikat produksi Asia Tropical Films (ATF) yang sebelum ini banyak menerbitkan filem dari Hong Kong, filem terbaru Suhan Movies & Trading Sdn Bhd juga turut mempertaruhkan pelakon berwibawa iaitu Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai pemain utamanya.
Menyentuh mengenai jumlah kos yang digunakan, Rosyam Nor berharap soal wang ringgit tidak akan dibahaskan serta dijadikan isu yang utama tetapi sebaliknya ia ingin menitik beratkan kerjasama terulung antara produksi Melayu dan Cina.
“Terus-terang, bajet yang disediakan untuk membuat filem ini adalah sebanyak RM3 juta. Sungguhpun begitu, kami akan berusaha mengurangkan bajet tersebut mengikut kesesuaian. Walaupun begitu, saya banyak memberikan kebebasan kepada Silver untuk menentukan sejumlah bajet yang diperlukan dalam filem ini kerana ia banyak mempamerkan babak-babak letupan.” ujar Rosyam Nor
“Menghasilkan babak letupan bukanlah satu perkara yang mudah. Malah, ia terpaksa menggunakan perbelanjaan yang amat besar dan mahal. Sebab itulah kos pembikinan membuat filem ini sangat besar. Setakat ini, sudah lebih 6 hari kami memulakan penggambaran dan ianya bakal berakhir pada 6 Ogos ini,” jelas Rosyam Nor lagi.
Menurut Rosyam lagi, selain mempertaruhkan Adi Putra & Rita Rudaini, filem ini turut menampilkan penglibatan artis Cina tempatan yang paling popular iaitu Jack Lim. Khidmat Loy Fat , pakar lagak ngeri Filem Aksi Hong Kong Cina juga digunakan.
Rosyam Nor turut menjadi tunjang utama dan memegang watak sebagai Saga iaitu seorang pembunuh upahan. Filem ini turut menampilkan pelakon lain seperti Tania Hudson, Rykarl, Jeff, Marissa Yasmin, Dato’ Rahim Razali dan Gan Mei Yan.
Forblogger merasakan bahawa filem Balistik mampu menjadi filem box office kerana gabungan pihak-pihak produksi yang handal dan berpengalaman.

