Kucing DiTembak 30 Kali Masih Hidup : Seekor kucing masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali diseluruh badannya.
Seekor kucing yang dipanggil Hope , ditembak oleh orang yang tidak dikenali di Great Walsingham, Norfolk. Paling mengagumkan, kucing tersebut terselamat dan masih hidup.
Sebanyak 4 peluru ditemui di bahagian kepala, selebihnya dibahagian badan. Bagaimanpun doktor hanya mengeluarkan 10 sahaja peluru kerana bimbang akan kerosakan tisu dan saraf kucing berkenaan.
Airsoft adalah kemungkinan senjata yang digunakan keatas kucing tersebut. Airsoft antara cabang dari sukan paintball namun ianya lebih berbahaya, malah senjata tersebut juga kelihatan sama bentuk dengan senjata tentera. Kebanyakan peminat Airsoft akan menggunakan set tempur yang seakan-akan seperti milik tentera bila bermain dengan permainan ini.
Hope, Masih tetap hidup biarpun dibadannya bersarang 30 butir peluru airsoft.
RSPCA melaporkan, sebanyak 567 aduan dilaporkan dimana peminat Airsoft di UK dikatakan telah berlatih dengan menjadikan binatang seperti kucing, anjing dan juga burung sebagai sasaran mereka.
RSPCA dilaporkan sedang menyiasat kejadian ini. Koleksi gambar dibawah adalah kumpulan team Airsoft, senjata Airsoft, kecederaan yang di alami pemain Airsoft dan kedai menjual barangan Airsoft termasuk pallet.
Kucing DiTembak 30 Kali Masih Hidup - Info Riadah @ forblogger.net

