Lajim Ukin ikut nasihat Anwar Ibrahim : Kontrevesi politik lagi, tercetus pula dakwaan Lajim Ukin ikut nasihat Anwar Ibrahim.
AKHBAR SINAR HARIAN – Dr Mohd Puad Zarkashi (Ahli Majlis Tertinggi Umno) membuat dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) terlibat dalam keputusan Datuk Seri Lajim Ukin yng baru ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort pada Sabtu lalu.
Beliau berkata, Lajim Ukin mengambil keputusan tersebut kerana mengikut nasihat Anwar Ibrahim yang didakwa berkemungkinan menawarkan habuan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar Ibrahim yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru ini.
“Kita juga tahu yang Anwar Ibrahim kini juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan tersebut untuk memujuk Lajim Ukin meninggalkan parti baru ini.
“Tindakannya itu tidak memberi implikasi buruk kepada Barisan Nasional (BN), kerana tiada impak ahli kita yang keluar beramai-ramai mengikut jejak langkahnya. Kita sedikit pun tidak hairan kepadanya,” - Dr Mohd Puad Zarkashi
Menurutnya lagi, sebelum ini Lajim Ukin yang mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sejurus selepas peletakan jawatannya dikatakan cuba bermain ‘tarik tali’ dan melambatkan tindakannya melepaskan jawatan sebagai ahli Umno.
Tambahnya lagi, Lajim Ukin sengaja melambatkan tindakan dan membuat urusan tawar-menawar kepada parti Umno ketika itu. Malah, apabila pendekatan yang digunaka0nnya tidak berkesan, Lajim mula merancang melepaskan kedua-dua jawatan tersebut.
Katanya lagi, tindakan Lajim Ukin itu tidak beri kesan kepada penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dibuat Perdana Menteri – oleh Wan Nasrah Abdul Rahim (sinar harian), POLITIK @ forblogger.net.


{ 1 trackback }