Lazada Menjadi Tumpuan Pembeli Online

by Black Hat on 19 July, 2012

in Info Riadah

Share:

Lazada menjadi tumpuan pembeli online :  Laman sesawang Lazada yang datang ke Malaysia menjadi tumpuan pembeli online, terutamanya penggemar gadget.

Lazada Menjadi Tumpuan Pembeli Online

Belum genap lagi empat bulan selepas pelancaran laman sesawang Lazada, ianya kini mendapat sambutan hangt daripada para pembeli barangan online.

Menurut laporan daripada Malay Mail, Giacomo Ficari selaku pengarah urusan Lazada berkata, laman sesawang tersebut secara puratanya telah dikunjungi sebanyak 65,000 kali sehari dan sekaligus telah menempatkan Lazada berada di tangga yang ke-111 dalam senarai laman sesawang paling banyak dikunjungi seperti yang dilaporkan  daam indikator sistem Alexa Ranking.

Jelas beliau lagi, jualan telah meningkat sebanyak 35% pada setiap minggu dan ia berkemungkinan membolehkan Lazada mencapai 100,000 kunjungan sehari pada pertengahan bulan depan.

“Saya telah datang ke Malaysia pada bulan Januari yang lalu untuk membuat kaji selidik dan mendapati bahawa negara ini sangat sesuai dijadikan lokasi projek tersebut kerana rangkaian internet yang mudah didapati serta penggunaan media sosial yang sangat meluas. ”

“Rahsia kejayaan kami adalah kebolehan kami dalam memberikan perkhidmatan online yang tidak pernah ada di Malaysia sebelum ini kepada pengguna internet di sini,”ujarnya.

Antara produk kedai maya tersebut yang paling mendapat sambutan adalah telefon bimbit dan tablet komputer berjenama terkenal yang dijual dengan harga rendah tanpa caj berlebihan, ini memandangkan kos operasi kami juga tidak terlalu tinggi dan tidak memaksa kami mengaut untung berlebihan untuk menjana kos. Jenama antarabangsa yang boleh didapati di Lazada adalah seperti Samsung, Nikon, Sony, Nokia, Philips, Apple dan pelbagai lagi.

Dengan hampir 16,000 produk dipasarkan dalam laman sesawang, antara jenis produk yang dijual adalah seperti gajet elektronik, buku, barangan rumah, hiasan, permainan kanak-kanak, ubat-ubatan, alatan sukan serta produk kecantikan dan pelbagai lagi seperti pampers dan lainnya.

Selain di Malaysia, Lazada turut mempunyai cawangan di negara lain seperti Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Bagi pelanggan Starbucks, mereka yang membeli “Starbucks Frappuccino” boleh mendapatkan baucer RM50 percuma yang boleh digunakan sehingga 30 September untuk mendapatkan diskaun produk Lazada.

5.0

Previous post:

Next post: