Lelaki amuk di JPM dakwa diri Imam Mahadi : Lelaki yang mengamuk di Putrajaya petang tadi dakwa dirinya adalah Imam Mahadi.
Berita ini adalah lanjutan dari liputan petang tadi di pautan link [Pasangan Menyerang JPM Putrajaya Ditembak] ini.
PUTRAJAYA – Mendakwa diri adalah ‘Imam Mahadi’, seorang lelaki juga seorang wanita yang bersenjatakan pedang samurai telah mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.
Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid selaku Ketua Polis Putrajaya berkata :-
Dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.
Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.
Ketika itu, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua suspek dan ketika berada di Kompleks B, suspek telah melibas-libaskan pedang dan telah merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan JPM, anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) segera tiba di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun mereka turut diserang oleh kedua suspek menggunakan pedang samurai.
Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) juga turut sampai untuk memantu mengawal keadaan, namun mereka turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek,” – ujarnya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
Menurut Abdul Razak lagi, suspek lelaki tersebut adalah penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
“Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan kini telah stabil.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya ‘Imam Mahadi’,”tambahnya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek wanita tersebut, isterinya itu bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis,” katanya lagi.
Dapatkan gambar lainnya di link Pasangan menyerang JPM Putrajaya Ditembak ini.



{ 1 trackback }