Makanan Sesuai Semasa Bulan Puasa

 

Makanan Sesuai Semasa Bulan Puasa: Info makanan sesuai untuk bulan puasa amat penting bagi membantu kita merancang pemakanan bagi mengekalkan kesihatan.

Di bawah ini kami kongsikan beberapa jenis makanan yang sesuai diambil sebagai menu makanan kita semasa berada di bulan Ramadhan.

Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)

Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.

Karbohidrat

Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.

Makanan protein

Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.

Kurma

Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

- Makanan Sesuai Semasa Bulan Puasa

 

Comments

Leave a Reply