Mamat Sepah Mohon Maaf Kecuali Wartawan Itu

by Black Hat on 26 July, 2012

in Info Artis

Share:

Mamat Sepah mohon maaf : kecuali pada seorang wartawan itu kerana telah mengguris hatinya dalam satu teguran melalui Twitter.

Artikel ini adalah kesinambungan dari post pada pautan link [ Mamat Sepah Masih Tegakkan Benang Yang Basah ].

Mamat Sepah Mohon Maaf Kecuali Wartawan Itu

 

“Sudah berkali kali saya sahkan dengan artis senior tersebut sebelum meletakkan gambar tersebut di Twitter saya,” jelas Mamat sebagai pembuka bicara.

Keadaan menjadi kecoh semalam apabila Mamat Sepah di’kecam hebat kerana menjadi punca penyebaran berita palsu kemalangan yang melibat pelakon dan juga Presiden Seniman, Zed Zaidi.

Isu ini telah menjadi kecoh selepas beberapa individu termasuk wartawan senior menegur perbuatan  Mamat Sepah tersebut melalui Twitter sebelum pelawak ini naik angin.

“Saya sangat terkejut tindakan Hazrey (wartawan) yang tidak memberi salam dan melulu menghentam saya dua tiga kali macamlah saya tiada maruah. Pada awalnya saya malas untuk melayan dia”

“Namun selepas ada perkataan yang mengguris hati ketika dia menghentam saya dengan melulu membuatkan saya naik sakit hati lalu mula membalas tweet dalam keadaan marah. Saya juga artis macam manusia lain juga, ada perasaan. Janganlah jadi batu api di media sosial itu” tambah Mamat Sepah ketika dihubungi.

Mamat Sepah menambah, beliau merasa pelik apabila tuan badan sendiri tidak mempunyai masalah dengan beliau lantaran kekeliruan tersebut, namun sebaliknya ada pula individu yang bertindak lebih sudu dari kuah dalam insiden tersebut.

“Ini memang diakui kesilapan saya dan salah faham. Saya dengan ini memohon maaf dengan ikhlas kepada semua rakan rakan Twitter saya dan siapa juga yang terbaca berita itu – kecuali kepada Hazrey dan rakan seperjuangan beliau,” ujar Mamat Sepah.

- HIBURAN @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: