Muhdalina minta percaya kiamat dah dekat ok? Penyerang dengan samurai di JPM lepas Muhdalina minta percaya kiamat dah dekat.
KLANG – Tiga hari sebelum Muhdalina Ahmad (28) mengamuk bersama seseorang lelaki di JPM Putrajaya, beliau didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.
Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai lalu ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahunya akan berpindah ke Balakong.
“Berulang kali Ina cakap perkara itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajah Muhdalina ketika itu juga sangat serius,” ujar rakannya yang meminta supaya namanya tidak disiarkan.
Menurutnya lagi, Muhdalina juga memberitahu hasratnya dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana menurutnya ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.
“Dia juga memberitahu pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya,” katanya.
Rakan Muhdalina yang menjadi sumber berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apakah urusan yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong memandangkan rakannya itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat tempatnya mencari rezeki sebelum ini.
“Jawapan dia, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib kedua anak kecilnya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu setelah melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh demikian.
“Setelah saya dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian menyerang JPM Putrajaya Isnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam.
Fakta : Kiamat itu sememangnya benar akan berlaku, Manakala dunia sememangnya sangat singkat sungguhpun berkurun dibandingkan dengan akhirat yang selamanya. Sungguhpun demikian, kejadian bilakah kiamat.. Wallahualam.


{ 1 trackback }