Neelofa Dan Anzalna Berdamai

by Malaysia Kini on 2 July, 2012

in Info Artis

Share:

Neelofa Dan Anzalna Berdamai : Neelofa Dan Anzalna kini berdamai lantas menamatkan pertelingkahan antara dua bekas peserta dewi jelita di hotel Royal Bintang @ The curve.

Anzalna yang hadir tanpa ditemani peguam mengemukakan permohonan maaf secara terbuka terhadap Neelofa. Sekaligus mengharapkan isu konflik yang berlaku sejak sebulan lalu itu tidak akan berpanjangan lagi.

“Saya Nor Anzalna Mohd Nasir, di atas nasihat pihak persatuan Seniman Malaysia memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya dan saya tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 tersebut”

“Secara jujurnya saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan dan tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Sebaliknya kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh pebagai pihak. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada Neelofa dan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan”, jelas Anzalna.

Neelofa menyatakan dia dengan terbuka hati dan ikhlas menerima mohon maaf daripada Anzalna.

“Saya bersyukur semuanya sudah berakhir. Bagi mereka yang masih lagi tertanya-tanya mengapa saya mengambil jalan penyelesaian dengan cara perundangan kerana saya btahu saya di pihak yang benar dan ianya terbukti pada hari ini. Saya ucapkan terima kasih pada kedua penguam saya dan kepada pihak Seniman kerana tanpa bantuan Seniman, mungkin perkara ini akan berpanjangan, kata Neelofa yang hadir bersama dua peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mubarak.

Anzalna dan Neelofa juga menandatangani akur janji yang dikeluarkan Persatuan Seniman dibawah Biro Aduan dan Perundangan yang disaksikan oleh Zed Zaidi supaya tidak ada sebarang perbalahan yang akan berlaku antara mereka pada masa akan datang. Sekiranya kedua pelakon itu melanggar akur janji tersebut, tindakan akan dikenakan seperti melucutkan keahlian mereka daripada persatuan dan menyekat mereka daripada menerima tawaran berlakon. – Forblogger | Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: