Norzana Kena Jual di Lampung : Berita Norzana kena jual di Mesuji, Lampung, Indonesia pastinya mengejutkan.
Berusia 12 tahun, adik Siti Norzana Nordi yang terkandas di Mesuji, Lampung, Indonesia, dipercayai sudah dijual kepada pihak ketiga sehingga usaha untuk membawanya pulang gagal.
Menurut Berita Harian, bapa angkatnya yang sudah menjaga Norzana sejak 2 tahun lalu tidak membenarkannya meninggalkan mereka. Malah beliau serta abang angkatnya sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan Norzana bersama mereka.
Norzana dipercayai telah dijual setelah ibu tirinya dikatakan menyerahkan Norzana dibawah jagaan saudara mereka di Mesuji,Indonesia.
Apabila ditemui, keluarga yang menjaga Norzana mendakwa mereka telah mendapat hak penjagaan ke atas Norzana sejak Jun 2010. Menurut Ketua Operasi Misi Mengesan dan Membawa Pulang Norzana yang juga Penolong Pengarah Biro Aduan Komuniti UMNO Malaysia, Khaairil Anuar Ahmad, pihaknya yakin Norzana telah dijual dan dijadikan orang suruhan kepada keluarga yang menjaganya.
Segala maklumat yang diperolehi di dalam misi ini akan diserahkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Indonesia untuk tindakan lanjut.
Forblogger tetap masih berharap usaha membawa pulang adik Norzana tidak terhenti setakat ini, semoga usaha pihak-pihak yang berkenaan diperkenankan olehNYA agar adik Norzana kembali dapat bersatu bersama adik-beradiknya yang lain.
Norzana Kena Jual di Lampung

