P.Pinang Beri Bonus Minima RM600 : Selepas Selangor, kini kerajaan negeri Pulau Pinang pula memberi bonus raya kepada kakitangan awam mereka.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada pegawai perkhidmatan awamnya bermula pada 9 Ogos 2012 ini.
Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng berkata, pemberian bonus raya berjumlah RM300 turut diberikan kepada 10 orang penyelia dan 1,391 guru kelas aliran fardu ain (Kafa).
Beliau dilaporkan berkata demikian ketika mesyuarat exco semalam yang telah meluluskan cadangan pemberian bonus kepada 3,780 pegawai perkhidmatan awam melibatkan kos RM3,983,489,45.
“Pemberian ini juga melibatkan semua pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri,” kata beliau pada sidang media.
P.Pinang Beri Bonus Minima RM600


{ 1 trackback }