PAS Tidak Bersekongkol Dengan DAP

by Harian Malaya on 20 July, 2012

in Info Politik

Share:

PAS Tidak Bersekongkol Dengan DAP : Begitulah dakwaan  Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi yang PAS tidak pernah bersekongkol dengan DAP.

PAS Tidak Bersekongkol Dengan DAP

Namun begitu, walaupun tidak bersekongkol dengan DAP, beliau tetap mengakui bahawa PAS tidak boleh menang pilihanraya jika bertanding dengan hanya atas tiket satu parti.

“Pas perlu akui realiti, tidak menang dengan satu parti. Kerjasama dengan DAP, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah dalam konteks politik,” kata beliau pada Debat Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu juga beliau berkata, PAS tidak akan menggadaikan prinsip perjuangan parti dengan negara berkebajikan kerana ia tidak bertentangan dengan Islam. Tambahnya;

“Ada pihak mengatakan Pas kononnya mengadai prinsip perjuangan dengan mengatakan negara berkebajikan tidak kena dan tidak betul, sedangkan ia tidak bertentangan dan sangat bertepatan dengan Islam,” katanya.

Debat Sinar II ini telah berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf menemukan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya. Dengan tajuk “PRU13: Orang Muda Pilih Siapa”

Eyriqazz Vs Denaihati

Debat tersebut telah dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar.

PAS Tidak Bersekongkol Dengan DAP

5.0

Previous post:

Next post: