Pasangan Menyerang JPM Putrajaya Ditembak

by Black Hat on 9 July, 2012

in Info Terkini

Share:

Pasangan menyerang JPM Putrajaya ditembak pihak berkuasa : Pasangan dipercayai suami isteri mengamuk atau menyerang JPM putrajaya dengan samurai cedera ditembak.

Pasangan Menyerang JPM Putrajaya Ditembak

Putrajaya : Seorang lelaki dan wanita, dipercayai adalah pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas bertidak diluar kawalan membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Semasa kejadian sekitar 2.30 petang itu, pasangan tersebut cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh (Ketua Polis Kuala Lumpur) ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecohan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi telah meninggal dunia.
Pasangan Mengamuk di JPM Putrajaya Ditembak
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes ini akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.

Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka, namun kedua-duanya bertindak ganas dan bertindak memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan tersebut.

 

Cubaan anggota polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas lagi tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan mengenai mereka.

Pasangan Mengamuk Di JPM Putrajaya

Dalam tembakan itu, suspek lelaki telah cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut – Laporan lanjut akan menyusul @ forblogger.net.

5.0

Previous post:

Next post: