Pelakon Adam Hamid Sertai Pas

by Malaysia Kini on 15 July, 2012

in Info Artis

Share:

Pelakon Adam Hamid Sertai Pas : Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan dengan menyertai PAS.

Menurut Adam Hamid, beliau menyertai PAS bagi menyebarkan dakwah dan syariat islam kepada orang ramai dan rakan-rakan artis.  Beliau risau dengan keadaan pengkarya tanah air yang seperti tidak menghiraukan perintah dan syariat Allah SWT.

“Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang. Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit,” ucapnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan dan dia masih muda untuk bersara.

“Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan. Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak,” ujar Adam Hamid.

Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana merupakan perjuangannya.

Beliau menyatakan tujuan untuk menyertai PAS bukannya mengikut trend artis-artis lain, tujuannya adalah untuk memperjuangkan islam.
“Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat,” ujar Adam Hamid jujur. – Forblogger | Hiburan

5.0

Previous post:

Next post: