Pemandu teksi dapat faedah PERKESO : Kerajaan masih mengkaji cadangan memberi faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada pemandu teksi.
Cadangan itu adalah munasabah kerana pada masa kini masih belum wujud peruntukan di bawah skim PERKESO untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja sendiri.
“Kita sedang mengkaji perkara ini dan mungkin tak lama lagi boleh buat keputusan untuk dipertimbangkan.“Tapi sebelum itu kita bantulah, bagi satu set tayar dan insurans seperti saya umumkan baru-baru ini,” jelas Datuk Seri Najib Razak dalam satu bual bicara di Astro Awani.
Datuk Seri Najib Razak berkata, undang-undang PERKESO mengehadkan perlindungan kepada mereka yang bergelar pekerja saja dan tiada peruntukan untuk mereka yang bekerja sendiri. – Forblogger | Berita Terkini

