Pengertian,Rukun,Syarat Sah dan Hukum Puasa

 

Pengertian, Rukun, Syarat Sah dan Hukum Puasa : Berikut adalah Pengertian, Rukun, Syarat Sah dan Hukum puasa.

Disaat semua umat Islam sedang berpuasa pada awal ramadhan ini, terdapat beberapa perkara yang harus di patuhi terutama dari pengertian, rukun , syarat sah dan hukum berpuasa di bulan Ramadhan.

Pengertian,Rukun,Syarat Sah dan Hukum Berpuasa

Berpuasa ringkasannya dari segi bahasa bermakna : menahan diri daripada melakukan sesuatu.
Sebagaimana ayat :-

إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا

Maksudnya : Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.[ Surah Maryam, Ayat : 26 ]

Makna Puasa : menahan diri daripada nafsu syahwat, nafsu perut dan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada fajar (masuk waktu subuh ) sehingga terbenam matahari beserta dengan niat untuk berpuasa .

Hukum Berpuasa : Wajib ke atas Setiap Muslim yang telah Baligh, Berakal dan Mampu berpuasa.

Puasa juga merupakan kewajipan kepada setiap orang Islam berdasarkan kepada Al-Quran , Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana Firman Allah Taala yang berbunyi :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.[Surah Al-Baqarah, Ayat : 183]

Syarat Sah Puasa : Islam, Mumayyiz, Suci/Bebas dari Haid dan Nifas dan dalam waktu dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa :
1) Niat.
2) Menahan dari Makan
3) Menahan dari Minum
4) Menahan dari Bersetubuh atau mengeluarkan Mani.
5) Menahan dari Muntah.

Perkara Membatalkan Puasa  :
1) Memasukkan sesuatu dalam rongga badan.
2) Memasukkan sesuatu ke Qubul dan Dubur
3) Muntah
4) Bersetubuh
5) Mengeluarkan Mani
6) Datang Haid
7) Datang Nifas
8 ) Gila
9) Pengsan

Sunat Puasa :
1) Menyegerakan berbuka
2) Melewatkan sahur
3) Meninggalkan perkataan tidak elok seperti seperti berbohong , mengumpat , menfitnah dan sebagainya daripada perkara-perkara yang haram.

Hari Yang Diharamkan Puasa  :
1) Dua hari raya
2) Hari tasyrik
3) Hari syak

Hukum Bersetubuh Siang Hari Ramadhan : Suami wajib membayar kaffarat besar. Kaffarah tidak kena kepada orang perempuan. Begitu juga dengan orang yang bermusafir tidak kena kaffarah baginya kalau sekiranya melakukan persetubuhan dengan niat menggunakkan Rukhsah(kelonggaran untuk tidak berpuasa ketika musafir ) kerana berbuka harus baginya . Tidak kena kaffarah juga bagi mereka yang bersetubuh dengan sangkaan bahawa hari masih malam walaupun hari sudahpun lebih daripada waktu terbitnya fajar.

Rujukan -  e-mosque.com.my

Lihat Juga;

Kadar Zakat Fitrah Seluruh Negeri 2012

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka 2012

Pengertian,Rukun,Syarat Sah dan Hukum Puasa

 

Comments

Leave a Reply