Penjelasan isu cerai isteri kerana beza fahaman politik : berikut adalah pendekatan Harakah Daily mengutip penjelasan insiden cerai yng berlaku setelah bersilisih faham politik baru ini.
Sebelumnya insiden ini telah di siarkan di pautan link : Cerai Isteri Kerana Beza Fahaman Politik.
“Dia yang mencabar saya dan suruh saya ceraikan dia dengan talak tiga,”ujar Yahya Ibrahim (82) ketika ditemui di rumah anaknya di Kampung Kubang Badak, dekat Pasir Mas pagi tadi.
Yahya Ibrahim berkata, bekas isterinya adalah penyokong tegar Umno. Che Hasnah Che Ahmad (61), bukan sahaja menolak perjuangan PAS, malah menghina Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jelasnya, sepanjang 14 tahun perkahwinan keduanya dengan Che Hasnah selepas kematian isterinya, beliau tidak pernah berselisih faham dengan bekas isterinya.Bagaimanapun, penghinaan terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di samping menuduh mengundi PAS berdosa besar beliau tidak boleh bertolak ansur lagi, apatah lagi dalam masa yang sama bekas isterinya itu mencabar supaya menceraikannya.
Harakah Daily mengambil pendekatan untuk mengetahui penjelasan sebenar berhubung perkara itu dari Yahya, memandangkan kes perceraian mereka telah tersiar dalam media arus perdana pro Umno termasuk media cetak. Ini berikutan kenyataan yang diambil hanya melalui Che Hasnah sahaja pada.
Kes perceraian mereka juga turut dibahas hangat oleh pengguna laman social facebook dan twitter yang bersandarkan angkara ketaksuban kepada PAS terjadinya penceraian itu. Yahya yang merupakan bapa kepada 8 orang anak (semuanya dari isteri pertama) mendakwa isterinya adalah aktivis Umno.
“Malah beliau (bekas isteri) menjadi guru al-Quran pun dipilih oleh Umno dan dibayar gaji, saya tidak kisah tentang itu walaupun sejak awal lagi kami berlainan politik.
“Namun sejak kebelakangan ini dia begitu mencabar saya dengan mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap perjuangan PAS.
“Malah saya bimbang kalau-kalau perkataannya yang begitu keterlaluan itu boleh mengakibatkan beliau terkeluar aqidah. Anak-anak dan cucu yang mendengarpun menggeleng kepala kerana tidak sanggup mendengarnya,”ujarnya.
Yahya turut memberitahu, isterinya keluar menyertai program Datuk Dr Hassan Ali, bagaimanapun Che Hasnah merahsiakannya.“Pada masa itu dia hanya memberitahu pergi program cabutan bertuah, tetapi selepas dua hari baru saya tahu perkara sebenar dan memang saya marah sebab dia tipu saya.
“Saya tak kisah kalau dia pergi belajar tajwid walaupun bergurukan orang Umno, bersesuaian dengan dia sendiri yang mengajar al-Quran,”ujarnya. – Harakah.
Menurut Yahya lagi, perceraian itu turut mendapat sokongan saudara mara yang terdekat termasuk abang kepada bekas isterinya itu, Ustaz Che Hussin.
Pada 11 Julai lalu, mereka telah sah bercerai di Mahkamah Pasir Mas setelah perceraian mereka didaftarkan pada 26 Jun lalu.
Imam Tua Mukim Chetok, Zulkifli Awang, yang juga merupakan saksi nikah mereka sebelum ini memberitahu, sebelum mereka disahkan bercerai talak 3, beliau sebagai orang tengah turut menasihati Che Hasnah agar kembali pada Yahya.
Bagaimanapun Che Hasnah enggan dan saya tidak boleh berbuat apa-apa, jadi saya serahkan semula kes itu kepada mereka berdua untuk membuat keputusannya,”ujarnya yang turut hadir pada pertemuan itu – HARAKAH.

