Penyeluk Saku Profesional Kini Di Olimpik London : Kumpulan penyeluk saku profesional kini berkampung di Olimpik London.
Dilaporkan beberapa kumpulan penyeluk saku profesional yang datang dari Romania, Lithuania, Amerika Selatan kini dilaporkan menuju ke bandar London dimana Sukan Olimpik London 2012 akan berlangsung tidak lama lagi.
Modus operasi kumpulan ini yang terdiri dari 3-4 orang cukup mudah, hampiri mangsa, berlakon untuk bertanya jalan, dan seluk saku mangsa. Penyiasat British mendedahkan taktik kumpulan ini yang sebelum ini beroperasi di Barcelona.
Kebanyakan hasil akan dihantar pulang ke Romania dan dijual di pasaran gelap.
Statistik rasmi menunjukkan, aktiviti penyeluk saku semakin meningkat di Landon. Pada tahun 2011-2012 sahaja seramai 625,000 orang menjadi mangsa kumpulan ini.
Forblogger cuma berharap supaya atlet Malaysia yang berkampung disana sempena Olimpik London nanti agar lebih berhati-hati dengan kumpulan ini. -sumber DailyMail-
Dibawah adalah taktik atau cara kumpulan penyeluk saku itu beroperasi.
Penyeluk Saku Profesional Kini Di Olimpik London



{ 2 trackbacks }