Percayakan Nombor Ekor, Warga Emas Di Tipu

by Harian Malaya on 12 July, 2012

in Info Riadah

Share:

Percayakan Nombor Ekor, Warga Emas Di Tipu : Kerana percayakan angka diatas kertas nombor ekor palsu, sepasang warga emas di tipu dan rugi RM14,000.

Sifat teruja untuk memiliki sejumlah wang nombor ekor sebanyak RM130,000, akhirnya sepasang warga emas telah kerugian RM14,000 kerana ditipu oleh wanita yang mendakwa dirinya dalam kesusahan.

Kerana Nombor Ekor, Warga Emas Di Tipu

Buku Bank dan Kertas Nombor Ekor Palsu

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Julai lalu, sepasang warga emas dari Masjid Tanah, telah dihampiri oleh seorang wanita berasal dari negara jiran yang mengaku dirinya berada didalam kesusahan.

Pasangan dikenali sebagai Sudin, 74, dan Azimah, 66, didatangi wanita berusia pertengahan 30-an kira-kira jam 12.00 tengah hari ketika selepas membeli barangan di sebuah pasar raya di pekan itu.

Dakwa Sudin, wanita terbabit secara tiba-tiba datang menegurnya serta mendakwa sedang buntu memikirkan cara untuk mendapatkan wang kerana tidak memiliki pengenalan diri.

“Wanita berkenaan mendakwa kakak iparnya yang mengandung tumpah darah selepas tergelincir di bilik air dan memerlukan rawatan segera di hospital swasta. Dia tak berani bawa ke hospital kerajaan kerana bukan warganegara.

“Selepas berbual seketika, dia menunjukkan sekeping tiket nombor ekor yang dimenanginya dengan hadiah RM130,000 tetapi tidak menuntutnya kerana mendakwa tiada MyKad,” katanya.

Menurutnya, wanita tersebut dikatakan mahu meminjam wang berjumlah RM30,000 dari mereka dengan mencagarkan tiket nombor ekor itu.

“Tanpa berfikir panjang, kami segera pulang ke rumah untuk mengambil buku bank dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Wish dipandu rakan wanita terbabit.

“Kami keluarkan wang RM9,000 dan RM5,000 dari dua bank berbeza sebelum serahkan kepada wanita berkenaan,” katanya.

Wanita terbabit berjanji yang seseorang akan menghubunginya pada keesokan hari untuk  memulangkan semula wang yang dipinjam, malangnya sehingga kini tiada siapapun yang menghubunginya lalu beliau menyedari mereka ditipu.

Pasangan terbabit telah membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah dan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Percayakan Nombor Ekor, Warga Emas Di Tipu

5.0

Previous post:

Next post: