Persembahan Siti Nurhaliza di Kelantan cetus kontrevesi : Baru ini persembahan Datuk Siti Nurhaliza cetus kontrevesi.
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan setegasnya terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar telah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yang dikuatkuasakan di negeri Kelantan.
Difahamkan kenyataan tegas tersebut telah disuarakan berikutan kehadiran penyanyi No.1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, pada Sabtu lalu.
Datuk Takiyuddin Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan) berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan ana-mana pihak yang gagal mengikut undang-undang yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri.
“Bagi kes yang melibatkan Datuk Siti ini kita memberi amaran dahulu, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini.
Takiyuddin mengingatkan penganjur atau individu termasuk ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.
“Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya.
Tambah beliau, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Baru-baru ini majlis sambutan Hari Guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.

