PRU 13, BN Bakal Rampas Selangor dan Kedah

by Harian Malaya on 28 July, 2012

in Info Politik

Share:

PRU 13, BN Bakal Rampas Selangor dan Kedah : BN [Barisan Nasional] mampu merampas semula kerajaan negeri Selangor dan Kedah dari tangan pembangkang pada PRU13 ini, menurut satu kaji selidik.

Satu kajian yang dibuat oleh Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mendapati PRU kali ini sedikit berbeza apabila Selangor dan Kedah mungkin akan dirampas kembali oleh BN [kerajaan].

PRU13, BN Bakal Rampas Selangor dan Kedah

Kajian dari 10,000 orang yang ditemubual menunjukkan bahawa 65.3 peratus dari rakyat Selangor berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin PR tidak bersefahaman dalam menangani isu, sementara 66.4 peratus berkata masalah sosial meningkat sejak Pakatan Rakyat mengambil alih.

Manakala 55 peratus lagi merasakan PR tidak dapat menyelesaikan masalah seperti murtad dan masalah yang berkaitan dengan agama.

Kajian beliau juga menunjukkan kawasan seperti Dewan Undangan Negeri (Dun) Ijok, Dengkil dan Meru mengatakan bahawa 45.4 peratus akan menyokong BN dalam pilihan raya, 37.3 peratus akan menyokong PR sementara 17.3 lagi tidak pasti.

Sementara itu di Kedah, 51 peratus dari rakyat yang ditemubual mengatakan Menteri Besar (MB) merupakan seorang yang baik, namun, 63 peratus mengatakan bahawa tidak ada kesefahaman antara kepemimpin PAS dalam memerintah Kedah.

Enam puluh lapan peratus lagi mengatakan kerajaan Kedah tidak efisyen, dan 80 peratus mengatakan tentang kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS tidak mengambil berat tentang isu persekitaran terutamanya pembalakan.

Lima puluh lapan peratus mengatakan bahawa penyelenggaraan infrastruktur yang tidak cekap, sementara 72.8 peratus lagi mengatakan bahawa kerajaan tidak prihatin tentang isu rakyat.

Enam puluh sembilan peratus mengatakan bahawa BN akan menang pilihan raya ke 13 ini [PRU 13] dengan 37.5 peratus mengatakan bahawa BN akan menang 2/3 majoriti, manakala 32.1 lagi berkata BN menang majoriti mudah.

Dari segi Dun pula, 54.1 peratus akan dimenangi oleh BN, 14.4 peratus akan dimenangi oleh PAS, manakala 3 peratus lagi akan mengundi PKR.

Dari segi undi Parlimen pula, 57 peratus mengatakan BN akan menang, 20.6 peratus memilih PR sementara itu 22.4 peratus tidak pasti.

Antara sebab-sebab kenapa rakyat memilih BN kerana interaksi antara Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak melalui media sosial seperti Twitter dan Facebook, serta dasar-dasar mesra rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sebagainya.

PRU13, BN Bakal Rampas Selangor dan Kedah

5.0

Previous post:

Next post: