Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional: Kumpulan nasyid Rabbani menganggap tindakan penyanyi antarabangsa Sami Yusuf membatalkan konsert Salaam Sami Yusuf adalah tidak profesional.
Menurut kumpulan nasyid Rabbani yang diketuai oleh Azadan Abd Aziz, pembatalan konsert Salaam Sami Yusuf tersebut telah mengakibatkan kerugian besar bukan sahaja kepada pihak penganjur malah peniaga yang telah merancang untuk berniaga semasa konsert tersebut berlangsung.
Dalam konsert tersebut, Rabbani Productions Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan bahagian pengurusan karnival. Pihak penganjur telah memaklumkan pada saat-saat akhir mengenai pembatalan konsert Salaam Sami Yusuf dan meminta orang ramai menebus semula tiket yang sudah dibeli.
Konsert Salaam Sami Yusuf yang sepatutnya berlangsung pada 14 Julai lalu di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, dibatalkan sehingga menyebabkan penganjurnya, Offshore Entertainment Production (OEP) terpaksa menanggung kerugian besar. - Rabbani Anggap Sami Yusuf Tidak Profesional

