Rakyat M’sia Luar Negara Boleh Undi Pos : SPR

by Black Hat on 11 July, 2012

in Info Politik

Share:

Rakyat M’sia Luar Negara Boleh Undi Pos : SPR hari ini mengumumkan bahawa rakyat Malaysia luar negara akan datang boleh undi melalui pos.

Rakyat M'sia Luar Negara Boleh Undi Pos

Bercakap dalam satu taklimat kepada sidang media hari ini, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi SPR) berkata, suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.

Jelasnya, rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dibenarkan mengundi dalam Pilihan Raya Umum melalui pos dengan syarat mereka perlu pulang ke tanah air sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum parlimen dibubarkan.

Ini bagi memastikan pengundi tersebut mengetahui mengenai situasi negara dan politik dengan baik sebelum mengundi, katanya.

Menurut Abdul Aziz lagi, SPR akan mengemukakan pindaan berkenaan dalam persidangan Parlimen pada September sekiranya perkara itu diperlukan.

Seandainya pindaan perlembagaan  juga perlu dibuat, sistem berkenaan akan dilaksanakan menjelang sekitar September, katanya.

Namun demikian, ia boleh dilaksanakan lebih awal sekiranya ia tidak memerlukan pindaan undang-undang,  jelas Abdul Aziz lagi.

5.0

Previous post:

Next post: