Reza Sertai Suria FM: Bekas penyampai radio Era FM, Reza Mohamed bakal sertai stesen radio Suria FM dalam masa terdekat.
Penyanyi dan juga penyampai radio, Syaiful Reza Mohamed yang mula menempa namanya dalam industri seni tanah air melalui rancangan realiti TV, Akademi Fantasia musim ke-3 kini bakal menyertai stesen radio Suria FM tidak lama lagi
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengurus operasi Suria FM, Subarma Mokhtar (Subi) semasa ditemuramah oleh pihak mStar Online.
“Pemilihan Reza dibuat selepas melihat kredibilitinya yang pandai menarik perhatian sasaran pendengar dengan celotehnya yang bersahaja.
“Malah ketika dia mengacarakan program realiti Pilih Kasih di TV2 baru-baru ini, pihak kami telah memintanya datang ke studio untuk melihat keserasiannya sebagai penyampai radio Suria FM.
“Sekarang ini, dia sedang menjalani beberapa latihan sebelum memulakan tugas,”
Kami dari Forblogger mendoakan kejayaan Reza Mohamed dalam kerjaya yang diceburi beliau. - Reza Sertai Suria FM

