Rozaimi Pemain Harimau Muda Lakar Hatrik : Pemain Harimau Muda Rozaimi Abd Rahman sekali lagi membuktikan ketajaman apabila hatriknya membantu skuad B-22 negara menewaskan Vietnam 3-0.
Korea Selatan kini berkongsi 10 mata dengan Myanmar ma nakala Malaysia ketiga (9 mata). Malaysia wajib menewas kan Myanmar pada aksi terakhir, Selasa ini untuk layak selaku dua pasukan teratas Kumpulan G. Jika seri, Myanmar mara. Namun Rozaimi, 20, yang kini mendahului senarai penjaring dengan sembilan gol memberi amaran untuk meledak hatrik ketiganya apabila berdepan Myanmar nanti.
“Saya cukup gembira dapat buat hatrik kedua (selepas empat gol bertemu Filipina),” katanya yang baru menerima tawaran berlatih dengan kelab luar.
“Rehat dua hari akan saya gunakan sebaiknya untuk memas tikan kesakitan pangkal paha ini hilang kerana saya cukup teruja untuk bertemu Myanmar dan mahu hatrik lagi.”
Gol pertama Rozaimi hadir pada minit ke-52 hasil hantaran Wan Zack Haikal Wan Nor sebelum pemain berasal dari Bongawan, Kota Kinabalu itu menambah dua lagi gol pada ma sa kecederaan.
Sementara itu, jurulatih, Ong Kim Swee me ngesahkan Rozaimi bakal mengikut jejak Nazmi Faiz Mansor, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Wan Zack Haikal untuk menjalani ujian pemilihan untuk bermain bersama kelab luar negara.
Forblogger mengucapkan sekalung tahniah kepada Rozaimi yang sentiasa mempamerkan aksi cemerlang saban hari. Semoga arena sukan bola sepak negara terus menyerlah.


{ 1 trackback }