Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia – Hutang Peserta RM11.7 juta

by Harian Malaya on 9 July, 2012

in Info Riadah

Share:

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia – Hutang Peserta RM11.7 juta : Hutang bagi peserta program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia kini telah mencecah RM11.7 juta.

Sejumlah 5,641 penerima program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia ini di katakan telah gagal menjelaskan hutang dengan peserta dari negeri Kelantan disenaraikan sebagai jumlah tertinggi iaitu RM2.43 juta.

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia – Hutang Peserta RM11.7 juta

Datuk Dr. Kamarul Rashdan Salleh, Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), melaporkan, angka itu adalah yang terkumpul semenjak tahun 2002.

Jumlah tunggakan ini adalah berdasarkan kepada kategori penerima yang tidak bayar jumlah bulanan lebih daripada tiga bulan dan menjangkau lebih setahun,” katanya selepas penyerahan surat tawaran dan kunci RMR 1Malaysia kawasan Parlimen Ipoh Timur di sini semalam.

Syarikat Perumahan Negara Berhad, SPNB mampu membina 181 unit rumah lagi seandainya jumlah tunggakan tersebut di selesaikan, sekali gus dapat membantu pemohon yang masih belum menerima rumah.

“Sekiranya kita (SPNB) tak dapat duit itu, maka susah untuk kita bina Rumah Mesra Rakyat kerana duit itu bukan untuk keuntungan kita, sebaliknya digunakan sebagai modal pusingan bagi membina rumah ini,” katanya.

Hubungi Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia – Hutang Peserta RM11.7 juta

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia – Hutang Peserta RM11.7 juta

5.0

Previous post:

Next post: