Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu

by Harian Malaya on 10 July, 2012

in Info Artis

Share:

Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu : Sasha Elite atau nama sebenarnya Sasha Saidin, 36 sah cerai talak satu dengan suaminya  Salyo Priyanto.

Salyo Priyanto, 37 seorang warga Indonesia melafazkan cerai talak satu ke atas Sasha di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu

Hakim Shaiful Azli Jamaluddin menerima lafaz dari Salyo pada pukul 2.55 petang pada hari Selasa 09/07/12 dan mengesahkan Sasha Elite menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula tarikh lafaz di sahkan.

Ketika lafaz cerai di sahkan, kedua-duanya di lihat mengalirkan airmata. Salyo turut berkata;

“Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini,” kata Salyo.

Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu

Mahkamah telah memerintahkan Salyo untuk membayar wang edah sebanyak RM300 selama 3 bulan kepada Sasha dan difahamkan pihak Salyo juga bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Sah Sasha dan suami bercerai

Sasha dan Salyo yang telah telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2007, dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang kini berusia tiga tahun.

Sasha Elite Sah Bercerai Talak Satu

5.0

Previous post:

Next post: