Semakan Arah Kiblat Julai 2012 : Tarikh semakan arah kiblat pada Julai 2012 ini dilaporkan telah berubah.
Menurut Sinar Harian, tarikh sepatutnya berlangsung proses istiwa adzam pada setiap tahun iaitu 16 Julai telah dianjak kepada 15 Julai tahun ini memandangkan tahun ini adalah tahun lompat.
Mohd Nor Husain seorang Pensyarah Pengajian Ilmu Falak dan Syarie Kolej Islam Sains dan Teknologi (Kist), di laporkan berkata, semakan arah kiblat tahun ini berubah manjadi awal sehari daripada tarikh yang sama pada tahun sebelumnya termasuk juga pada 28 Mei (5.16 petang) lalu yang telah bertukar kepada terikh 27 Mei.
Pada tarikh 16 Julai, menurut beliau pada jam 5.28 petang adalah waktu yang paling sesuai untuk kerja mengukur kedudukan kiblat tetapi untuk tahun ini tarikh yang sama untuk pengukuran dilakukan ialah pada jam 5.22 petang.
“Amat mudah untuk mengukur kedudukan kiblat ini yang pada tarikh ditetapkan, kedudukan matahari adalah terletak di atas kaabah. Waktu yang diukur itu adalah beberapa minit sebelum azan Zuhur di Mekah.
“Untuk mengukurnya, hanya memerlukan sebatang kayu yang diletak di kawasan lapang dengan cahaya matahari yang terang. Di situ kita akan dapat lihat bayang kayu tadi, dan arah kiblat yang sebenarnya adalah yang bertentangan dengan bayang kayu tadi,” katanya ketika majlis semakan kiblat sempena Istiwa Adzam di Kist, semalam. Majlis tersebut dirasmikan Timbalan Mufti Kelantan, Datuk Nik Nik Mohammad.
Katanya, walaupun kaedah kompas digunakan secara meluas untuk mengukur arah kiblat, namun ianya masih ada kelemahan disebabkan kutub magnet tidak dengan seperti kutub utara sebenar. Tambah beliau, faktor lain seperti berdekatan besi yang mempengaruhi gerakan kompas juga menyebabkan ralat pada kompas.
“Walaupun hari ini adalah hari ditetapkan untuk mengukur kiblat tetapi sebenarnya di bawah Unit Falak, Jabatan Mufti pengukuran ini dibuat setiap masa berdasarkan data kecuali pada Jun dan Disember kerana pada bulan ini tiada bayang diperolehi.
“Untuk menyedarkan orang ramai mengenai kehadiran tarikh ini yang membolehkan mereka mengukur kiblat, dalam setiap takwim yang dikeluarkan, kita catatkan tarikh mengenai kejadian ini setiap tahun agar orang ramai boleh menyemak sendiri arah kiblat mereka,” katanya.

Difahamkan, setiap kali kemunculan tarikh ini, pihak pentadbir masjid seluruh negara akan membuat permintaan terhadap Jabatan Mufti untuk menyemak arah kiblat mereka termasuk juga masjid baru yang ingin dibina.
<Jadual Waktu Berbuka Puasa 2012>
Semakan Arah Kiblat Julai 2012

