Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Nora Danish

by Harian Malaya on 31 July, 2012

in Info Artis

Share:

Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Nora Danish : Shaheizy Sam menafikan diri beliau sedang bercinta dengan Nora Danish secara diam.

Menurut Shaheizy Sam, gosip percintaan beliau dan Nora yang diterbitkan didalam sebuah ruangan pojok akhbar mingguan pada Ahad lalu adalah laporan yang tidak benar sama sekali.

Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Nora Danish

Akhbar tersebut mendakwa percintaan di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan dalam penggambaran filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman.

“Benda (gosip) ini mengarut. Saya pun tidak pasti bagaimana cerita begini boleh timbul kerana ia langsung tidak berasas dan tidak logik.

“Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Isnin.

“Apabila timbul pula gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal.

“Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan,” jelasnya.

Apabila ditanya adakah gossip ini timbul bagi tujuan gimik promosi filem berkenaan, Sam berkata, dia tidak pasti mengenai perkara tersebut.

“Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul.

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul,” jelasnya.

Nora Danish dikatakan bercinta dengan Shaheizy Sam

Mengenai perkembangan terbaru, aktor yang bakal muncul dengan filem SAM pada 19 Ogos depan berkata, dia hanya mahu berehat di samping keluarga sepanjang Ramadan ini.

“Penggambaran filem 2 Kalimah pun sudah tamat, jadi saya hanya berehat di rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga sahaja sepanjang Ramadan ini,” kongsinya.

Shaheizy Sam Nafi Bercinta Dengan Nora Danish

5.0

Previous post:

Next post: