Sharifah Sofea Kini Bertudung: Selebriti jelita berwajah kacukan Pan Asia, Sharifah Sofea Syed Hussein atau lebih dikenali dengan panggilan Sharifah Sofea kini sudah bertudung.
Seperti menjadi trend artis Malaysia masa kini, semakin ramai artis wanita yang mula berhijrah dengan memakai tudung. Sebelum ini, artis seperti Irma Hasmie, Abby Abadi, Yatt Hamzah, Diana Amir dan Catriona Ross sudah bertudung walaupun mendapat kritikan dari beberapa pihak yang menganggap penghijraham mereka hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
Melalui akaun twitter Sharifah Sofea, beliau menulis “Here’s to a new chapter… Bismillah!” dan berkongsi gambar terbarunya dengan imej bertudung. Selain itu, dikatakan gambar-gambar lamanya di dalam album twitter sudah pun dipadam.
Kita doakan yang terbaik untuk Sharifah Sofea dan semoga beliau mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakan serta peminatnya serta dipermudahkan dalam melakukan perubahan. Tahniah kepada Sharifah Sofea kerana berani ‘berhijrah’ dengan bertudung. – Sharifah Sofea Kini Bertudung

