Skim Rumah Percuma Untuk Rakyat Miskin

by Harian Malaya on 18 July, 2012

in Info Riadah

Share:

Skim Rumah Percuma Untuk Rakyat Miskin : Program Jalinan Budi Rakyat Malaysia (Probudi) telah berjaya merealisasikan skim rumah percuma untuk rakyat miskin.

Datuk Paduka Hanifi Awang yang merupakan penaung Probudi berkata, program Skim Rumah Percuma Untuk Rakyat Miskin tersebut di khususkan untuk membantu individu yang tidak memiliki sebarang kediaman mampu milik.

Skim Rumah Percuma Untuk Rakyat Miskin
Menurut beliau, program tersebut sehingga kini telah berjaya menyediakan 100 rumah percuma buat mereka yang bertuah sejak 2005 lagi.

“Kita berpegang kepada konsep kedua-dua pihak perlu bekerja kuat, memang Probudi akan bantu sediakan rumah, tetapi mereka yang berminat perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Objektif utama kita mahu membantu tetapi perlu membayar sebanyak RM2,500, namun ia agak berbaloi kerana Probudi akan menyediakan rumah percuma dengan nilai paling minimum RM80,00 berserta perabot,” katanya ketika majlis penyerahan rumah percuma mampu milik pertama kepada individu bertuah, Saiful Hisham.

Hanifi turut menambah, sebelum ini ramai yang tidak percaya dengan skim yang disedaikan oleh mereka, namun sebaliknya Probudi telah berjaya membuktikan program itu semakin mendapat sambutan dikalangan mereka yang tidak berkemampuan.

Setiap individu perlu sahut cabaran dan lebih berusaha gigih jika mahu memiliki rumah percuma, sahutnya.

“Saya harap menerusi idea tersebut dapat membantu lebih ramai individu miskin, berpendapatan rendah, terbeban dengan hutang berjaya impian mereka,” katanya lagi.

Skim Rumah Percuma Untuk Rakyat Miskin

5.0

Previous post:

Next post: