Usop Wilcha nafi tinggalkan Hot FM

by Malaysia Kini on 11 July, 2012

in Info Artis

Share:

Usop Wilcha nafi tinggalkan Hot FM : Usop Wilcha atau dikenali juga sebagai Shy8 (Dj Hot Fm menafikan bahwa beliau meninggalkan Hot FM.

Sejak kebelakangan ini, jarang kedengaran suara Shy8  di corong radio Hot FM. Ketika itu, berlaku juga proses rombakan dalam Hot FM. Terdengar pula ura-ura menyatakan Usop Wilcha Tersingkir Dri HotFm ketika rombakan dibuat gara-gara kurang populariti.

Syh8, 47, yang mula popular sejak membintangi filem Hantu Kak Limah Balik Rumah menafikan dia telah meninggalkan stesen radio berkenaan, tetapi menyerahkan nasibnya pada pihak pihak pengurusan radio Hot FM. Dia juga telah mengikat kontrak bersama Hot Fm sehingga 2013.

“Sekarang saya sedang cuti sebulan. Sebenarnya saya ambil cuti kerana sedang menunggu untuk masuk ke set penggambaran filem Usop Wilca & Werewolf dari Bangladesh dan kebetulan ibu saya meninggal dunia baru-baru ini, sebab itu sudah lama saya tidak muncul di radio.” ujar Shy8.

Jadi, segala ura-ura yang menyatakan bahawa Usop Wilcha tersingkir dari Hot FM adalah khabar angin semata-mata. Ternyata ramai orang merindui celoteh UsopWilcha di Hot FM. Forblogger berharap agar peminat Usop wilcha terus menyokong beliau dan nantikan filem-filem Usop Wilcha di pawagam kelak.

Usop Wilcha nafi tinggalkan Hot FM

5.0

Previous post:

Next post: