Usop Wilcha Tersingkir Dari Hot FM ? Usop Wilcha atau nama Dj-nya Shy8 bakal disingkirkan dari Hot FM telah menjadi sebutan peminat Usop Wilcha.
Khabar angin mengenai pelakon, Shy8 atau lebih popular dengan nama Usop Wilcha akan meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bukan lagi cerita baru.
Bagaimanapun, namanya sekali lagi tiada dalam senarai rombakan terbaru barisan penyampai Hot FM yang tersebar di beberapa portal hiburan tempatan.
Shy8 yang telah dihubungi berkata, buat masa ini, dia masih lagi bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut dan tidak akan membuka mulut berkaitan rombakan terbaru yang dilakukan Hot FM sehinggalah pihak pengurusan sendiri yang mengumumkannya kelak.
“Tunggulah sehingga kenyataan media dikeluarkan oleh Hot FM sebagai menghormati tugasan mereka. Lagi pun sekarang, saya masih mempunyai kontrak sebagai penyampai bersama mereka. Apabila kenyataan media sudah dikeluarkan, barulah saya akan bersuara,” terang Shy8 bersahaja.
Forblogger berharap agar pihak Hot FM mengekalkan Usop Wilcha sebagai penyampai tetap kerana beliau sememangnya mempunyai pengikut yang tersendiri.


{ 1 trackback }