Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan Cium Mulut: Ustaz Azhar Idrus menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya melalui laman Facebook mengenai isu cium Mulut.
Sudah menjadi kebiasaan di laman Facebook milik Ustaz Azhar Idrus yang kini popular dikalangan remaja muda di Malaysia, ramai orang akan bertanyakan soalan bukan sahaja tentang agama malahan juga isu semasa yang berkait dengan hukum Islam.
Melalui laman ‘Ustaz Azhar Idrus (Original)’, seorang hamba Allah telah bertanyakan soalan kepada UAI yang berbunyi “Ustaz ape hukum law cium mulot?”.
Lalu Ustaz Azhar menyoal semula “mulut siapa?”. Dengan selamba orang yang bertanya tadi menjawab “couple…lol”. Lalu, Ustaz Azhar Idrus menjawab dengan jawapan yang simple dan agak lucu.
“Haram..cium tangan pun haram..kawin cepat2 bolih cium semua tempat day & night”
Memang sempoi Ustaz Azhar Idrus, semoga beliau dipanjangkan umur dan dirahmati Allah. - Ustaz Azhar Idrus Jawab Soalan Cium Mulut


{ 2 trackbacks }