Wang RM50,000 Ribu Hangus Dalam Oven

by Harian Malaya on 28 July, 2012

in Info Riadah

Share:

Wang RM50,000 Ribu Hangus Dalam Oven : Kerana menganggap itu tempat paling selamat akhirnya wang berjumlah RM50,000 hangus didalam oven yang jarang digunakan.

Seorang lelaki menerima satu pengajaran pahit kerana kesilapannya menyembunyikan wang di tempat tidak sepatutnya [didalam oven] telah menghanguskan duitnya yang bernilai RM50,000.

Wang RM50,000 Ribu Hangus Dalam Oven

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu menjual keretanya pada hujung minggu lalu dan mendapat bayaran sebanyak A$15,000 (RM49,473).

Untuk mengelak dari wangnya dicuri, lelaki terbabit mencari lokasi yang jarang digunakan dan selamat serta tidak disangka oleh sesiapa pun.

Justeru, lelaki terbabit menyimpan wang berkenaan dalam oven yang sangat jarang digunakan di rumahnya.

Bagaimanapun, secara kebetulan isteri lelaki terbabit tergerak untuk menggunakan oven berkenaan pada hari itu untuk memanaskan ketulan daging ayam.

Tanpa disedari wanita terbabit, wang itu turut rosak dalam ketuhar berkenaan. Lelaki itu berkata, dia bercadang menggunakan wang berkenaan untuk membayar semua hutangnya.

“Kini saya langsung tiada wang simpanan,” katanya. Menurut media, isteri wanita itu juga terlalu sedih dan tidak berhenti-henti menangis sebaik saja diberitahu keadaan sebenar.

Wang RM50,000 Ribu Hangus Dalam Oven

5.0

Previous post:

Next post: