Lisa Sakit Mata

Yusry Penyebab Sakit Mata Lisa

Yusry Penyebab Sakit Mata Lisa: Lisa Surihani dikhabarkan mengalami sakit mata disebabkan jangkitan dari suaminya, Yusry Abdul Halim.

Pelakon Lisa Surihani terpaksa bercuti daripada berlakon selama dua minggu gara-gara mengalami viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus. Menurut Lisa, masalah itu berpunca daripada suaminya, Yusry Abdul Halim yang dijangkiti penyakit berkenaan pada hujung Jun lalu sehingga mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih.

Lisa memberitahu penyakit yang dialaminya itu amat berbahaya dan pihak doktor memberikannya cuti sakit selama dua minggu sehingga menyebabkan dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama bersiri Mana Hilangnya Juita. Menurut Lisa lagi, penyakit mata yang dialaminya menyebabkan dia sukar membuka mata ketika hendak bangun tidur selain mata menjadi berair serta pedih. - Yusry Penyebab Sakit Mata Lisa

One thought on “Yusry Penyebab Sakit Mata Lisa

Leave a Reply