Zed Zaidi Dapat Anak Lelaki: Presiden SENIMAN yang juga merupakan seorang pelakon, Zed Zaidi dapat anak lelaki selepas isterinya selamat melahirkan anak pukul 9.30 pagi tadi.
Tahniah diucapkan kepada Zed Zaidi atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil, 32 dan isteri Natalia Mustafa Kamal, 29 kerana dianugerahkan cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Ryan Ziqry. Menurut Zed Zaidi isterinya terpaksa menjalani pembedahan semasa bersalin kerana bayi di dalam kandungan terlalu besar.
Walaubagaimanapun, Zed Zaidi berasa bersyukur kerana isteri serta anak sulungnya selamat. Selain itu Zed Zaidi turut teruja kerana berpeluang berada di bilik pembedahan untuk menemani isterinya.
“Alhamdulillah, Ryan dilahirkan dalam bulan Ramadan yang mulia dan pada hari Jumaat yang penuh keberkatan dan tarikh dia dilahirkan iaitu 27 Julai sama dengan tarikh lahir saya, cuma saya 27 Jun.
“Dia menjadi tumpuan keluarga ketika ini dan kelahirannya disambut dengan penuh rasa kesyukuran,”
Kami dari pihak Forblogger mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga Zed Zaidi apatah lagi setelah kehadiran cahaya mata sulung mereka, Ryan Ziqry. - Zed Zaidi Dapat Anak Lelaki


{ 3 trackbacks }